Mohd Azren menerima rawatan di hospital sejak kelmarin selepas dipercayai terjejas kerana terdedah pencemaran udara Pasir Gudang. Foto Hairul Anuar Rahim


JURUGAMBAR The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Mohd Azren Jamaludin, 33, dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas dijangkiti virus Influenza B.

Jurugambar Eksekutif NSTP Johor Mohd Zain Ahmed berkata, Mohd Azren dimasukkan ke hospital pakar di Johor Bahru selepas mengalami muntah, demam, sesak nafas dan pitam.

“Doktor yang merawatnya turut mengesahkan Mohd Azren menghidap Influenza B.

“Pada masa sama, doktor juga mengesahkan paru-paru Mohd Azren mungkin dijangkiti kuman kerana terlalu lama terdedah dalam persekitaran tercemar,” katanya.

Mohd Azren antara jurugambar dan wartawan NSTP yang membuat liputan mengenai pencemaran udara di Pasir Gudang sejak Khamis minggu lalu.

Wartawan Harian Metro Mary Victoria Dass juga pernah mendapatkan rawatan di hospital selepas hidungnya berdarah ketika membuat liputan pencemaran Sungai Kim Kim pada Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2019 @ 11:46 PM