Ainul Mardhiah semakin cergas dan aktif. FOTO dan Video Ahmad Safiuddin

“AINUL kini sudah pandai gosok mata kalau mengantuk.

“Kalau tutup lampu bilik bila dia belum nak tidur, Ainul akan gelengkan kepalanya. Maksudnya dia tak mahu tidur lagi,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24 di laman Facebook miliknya.

Status itu dimuat naik bagi memaklumkan situasi terkini anaknya Ainul Mardhiah yang kini dirawat di sebuah hospital di London.

Menerusi status itu, Ahmad Safiuddin turut melahirkan rasa syukur berikutan kesihatan anaknya itu bertambah baik dan semakin cergas.

“Semoga membesar dengan baik, anak. Mama dan walid akan sentiasa menjaga amanah Allah SWT ini sehingga nafas kami yang terakhir,” katanya.

Ahmad Safiuddin berkongsi berita itu 8.29 malam ini (waktu Malaysia).

Setakat 9.11 malam ini, status itu mendapat 1,500 tanda like, 116 komen dan serta 233 perkongsian.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan bayi itu meninggalkan komen positif selain memuji kecantikan serta mendoakan serta kesihatan Ainul Mardhiah.

  • Lagi berita berkaitan Ainul Mardhiah
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2019 @ 9:35 PM