GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Siraj Mohd Zaini


BEKAS pekerja usahawan kosmetik Nur Sajat ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan pecah amanah berjumlah RM1 juta, Ahad lalu.

Suspek wanita berusia 20-an ditahan di sekitar Lembah Klang selepas menerima laporan polis dibuat Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 34.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya mengesahkan penahanan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

“Polis sudah mengambil keterangan daripada Nur Sajat, semalam,” katanya kepada Harian Metro.

Baharudin berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media mengenai kes berkenaan dalam masa terdekat.

Terdahulu, sumber Harian Metro berkata, suspek ditahan selepas dipercayai melarikan wang berjumlah RM1 juta dipercayai daripada perniagaan kosmetik dijalankan Nur Sajat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 2:46 PM