Gambar tular Exco kerajaan negeri Perak dan seorang wanita yang didakwa menjadi mengsa rogol. Foto Ihsan Pembaca
Mohd Hafizee Mohd Arop


POLIS menafikan gambar tular seorang wanita di media sosial didakwa sebagai pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol EXCO kerajaan negeri Perak.

Gambar tular yang diletakkan bersebelahan EXCO kerajaan negeri Paul Yong Choo Kiong itu mula tular sejak semalam.

Terdapat juga kenyataan mendakwa ia dikeluarkan Menteri Luar Negeri Indonesia dalam media dan meminta supaya kerajaan Malaysia tidak melindungi perogol.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain ketika dihubungi menafikan perkara terbabit dan meminta orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin itu.

“Saya pun tak tengok mangsa, pegawai penyiasat yang kenal mangsa. Tapi itu tidak betul, gambar itu bukan mangsa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2019 @ 12:17 AM