Hafidzul Hilmi Mohd Noor


JABATAN Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menyiasat penularan video lucah yang dikaitkan dengan anggota polis.

Pengarah JIPS, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berhubung kejadian dan siasatan lanjut akan dijalankan.

“Setakat ini sarjan itu masih bertugas dan kami akan memanggilnya serta wanita terbabit untuk diambil keterangan.

“Tindakan akan diambil jika perbuatan anggota itu mencemarkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Zamri berkata, jika laporan polis dibuat siasatan juga boleh dijalankan mengikut Kanun Keseksaan.

“Perbuatan panggilan video dengan wanita itu tidak patut,” katanya.

Video berdurasi 2 minit 22 saat itu tular di laman sosial sejak kelmarin.

Video berkenaan memaparkan anggota polis membuat panggilan video terhadap wanita.

Anggota berkenaan bertindak menunjukkan kemaluan dan masih berpakaian seragam pasukan.

Berdasarkan video itu, perbuatan tidak senonoh terbabit dilakukan dalam pejabat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2019 @ 5:52 PM