DR Mahathir bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan peserta pada Perhimpunan Agung Khas Parti Pribumi Bersatu Malaysia, semalam. FOTO Syarafiq Abd Samad

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perjuangan mereka adalah untuk agama, bangsa dan tanah air, bukan untuk diri sendiri.

“Parti kita jangan jadi macam UMNO. Kita berjuang untuk perjuangan, bukan untuk diri sendiri. Kita harus peringat diri kita rakyat tidak akan sokong perjuangan untuk diri sendiri.

“Perjuangan parti kita mesti berasaskan khidmat kepada rakyat, negara, bangsa, agama kita. Jangan fikir perjuangan kita untuk mendapat tempat.

“Ya memang benar, ada yang dapat jadi perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri besar, tetapi kalau mereka tak dapat jawatan itu, kita tak dapat mentadbir. Mereka ada di situ kerana kita perlu kepada pentadbiran. Tak mungkin kita ada 100 perdana menteri, semuanya gaji besar, dapat naik kapal terbang free,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Khas Bersatu di MAEPS, Serdang, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Julai 2019 @ 6:02 AM