PENGGUNAAN penyaman udara pintar menyenangkan ahli keluarga.
Daikin

PENYAMAN udara kini menjadi sebahagian kehidupan baik ketika bekerja, belajar atau pun berehat di rumah.

Ia juga bukan sekadar menyejukkan, malah bertindak sebagai penyegar dan menapis udara yang lebih bersih.

Jenama terkenal perkakasan elektrik, Daikin Your Air Specialist tampil dengan teknologi baharu untuk penyaman udara inverter yang lebih premium dan bijak iaitu Daikin Smarto R32.

Model ini menampilkan tiga ciri utama menggunakan teknologi pintar dan belum pernah ada pada penyaman udara lain yang setanding ini iaitu Smart Sense, Smart Clean dan Smart Control.

Untuk Smart Sense, penyaman udara ini mampu mengesan kehadiran orang di dalam bilik dan menyediakan kawalan aliran udara berdasarkan ciri dipilih.

Ia mempunyai dua ciri utama iaitu smart powerful+ yang menyediakan suhu sejuk maksimum di dalam bilik dan udara sejuk terus kepada individu yang dikesan selama 20 minit manakala smart ecomax berfungsi untuk memastikan penjimatan tenaga menerusi penyesuaian suhu secara automatik berdasarkan kehadiran orang di dalam bilik itu.

Smart Clean mempunyai tiga lapisan teknologi penapisan iaitu (Green Tea Filter + PM2.5 + Steamer) untuk memastikan udara bersih dan sejuk.

Green Tea Filter diekstrak daripada teh hijau yang berfungsi secara efektif untuk menangkap dan menyahaktifkan bakteria, virus dan menghapuskan bau di permukaan penapis itu.


PM2.5 adalah penapis partikal halus yang berfungsi untuk menghalang udara kotor daripada masuk ke dalam paru-paru dan memastikan kita dapat menghirup udara bersih.

Dengan penambahan teknologi Steamer pula, ia adalah elektron berkelajuan tinggi yang bertindak untuk penguraian dan penyingkiran benda asing supaya udara terhasil lebih berkualiti.

Ciri ketiga, Smart Control membolehkan anda mengawal penyaman udara menerusi aplikasi Daikin Mobile Controller, di mana-mana sahaja melalui sambungan internet.

Melalui aplikasi ini, tidak perlu bimbang jika terlupa mematikannya ketika keluar rumah.


APLIKASI Daikin Mobile Controller membolehkan anda mengawal penyaman udara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Julai 2019 @ 10:01 AM