MANGSA diberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke Hospital Langkawi. FOTO Ihsan Pembaca.
MANGSA diberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke Hospital Langkawi. FOTO Ihsan Pembaca.
Hamzah Osman


LELAKI yang juga operator rekreasi pantai, lemas selepas diserang sawan ketika sedang mengikat jet ski di Pantai Chenang di Langkawi, semalam.

Kejadian berlaku 3.30 petang dengan mangsa, Mohd Fazdlan Shahidi, 31, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Langkawi (HL).

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa sedang mengikat jet ski di pantai itu.

“Rakannya yang berada berdekatan tidak menyedari dia tenggelam kerana menyangka mangsa dilihatnya mengikat jet ski,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, anggota bertugas di Balai Polis Padang Matsirat menerima panggilan orang awam mengatakan memaklumkan kejadian itu.

Mohd Iqbal berkata, mangsa kemudian diberi rawatan kecemasan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sebelum dibawa ke HL.

“Kes setakat ini diklasifikasikan mati mengejut sehingga laporan bedah siasat dikeluarkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Julai 2019 @ 9:51 AM
Digital NSTP Subscribe