SEBAHAGIAN pelacur dan pelanggan yang ditahan dalam serbuan di premis pelacuran di Jalan Tun H S Lee dan Jalan Cheng Lock, Kuala Lumpur, Rabu lalu.
SEBAHAGIAN pelacur dan pelanggan yang ditahan dalam serbuan di premis pelacuran di Jalan Tun H S Lee dan Jalan Cheng Lock, Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Khairul Najib Asarulah Khan


DUA premis pelacuran ‘harga bajet’ yang menawarkan wanita warga India dan Bangladesh diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Rabu lalu.

Premis terletak di Jalan Tun H S Lee dan Jalan Cheng Lock, Kuala Lumpur itu menawarkan pelacur terbabit dengan harga serendah RM20 hingga RM50.

Operasi membabitkan 18 anggota JIM Putrajaya itu dijalankan pada 5 petang hingga 6.30 petang selepas mendapat maklumat awam.

Sumber JIM berkata, premis itu beroperasi setiap hari bermula 10 pagi hingga 7 malam dengan menyasarkan pelanggan warga asing.

“Bagaimanapun, lokasi itu turut menjadi tumpuan warga tempatan melanggan mengikut bajet mereka.

“Seramai 25 individu berusia 25 hingga 35 tahun diperiksa dan 16 daripada mereka ditahan atas pelbagai kesalahan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, antara kesalahan dikesan adalah tinggal lebih masa, memasuki negara tanpa dokumen sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Menurutnya, tangkapan tertinggi adalah warga India iaitu sembilan orang diikuti Bangladesh (6) dan Nepal (1).

Katanya, mereka disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Julai 2019 @ 4:58 PM