LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.


POLIS masih menjalankan siasatan berhubung motif kejadian pasangan warga emas yang maut disyaki dibunuh sebelum rumah mereka dibakar di Taman Desa Melati, Nilai, Rabu lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, siasatan masih diteruskan terhadap empat suspek yang direman sehingga Rabu ini.

“Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kita jangka akan diketahui dalam tempoh terdekat. Setakat ini juga tiada tangkapan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sejurus Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Seremban, hari ini.

Ditanya mengenai hubungan empat suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita, berusia antara 30 dan 45 tahun dengan mangsa, Mohamad enggan mendedahkannya kerana khuatir ia akan mengganggu siasatan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis menemui kesan tikaman dan kelar pada bahagian badan dan tangan suami isteri yang ditemui mati dipercayai dibunuh sebelum rumah mereka dibakar.

Mayat Tan Kim Joo, 73, ditemui di bahagian dapur rumah dengan kesan kelar di tangan kiri dan lengan selain luka di dahi, manakala isterinya Ng Chong Hwa, 67, ditemui di dalam bilik dengan kesan tikaman di dada serta kelar di lengan kiri.

Sementara itu, pada majlis berkenaan menyaksikan Mohamad yang sebelum ini turut memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, menyerahkan tugas kepada Senior Asisten Komisioner, Che Zakaria Othman.

Ia disaksikan Pengarah Jabatan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Rosli Ab Rahman.

Che Ibrahim berkata, dia tidak menjangkakan akan memegang jawatan itu dan bersyukur atas pelantikan berkenaan.

Berita berkaitan

Maut akibat tikaman berganda

'Kes bunuh, bakar: Empat individu ditahan'

'Kelar, tikam, bakar'

'Polis jumpa kesan tikam, kelar'

'Mayat suami di dapur, isteri di bilik'

'Suami isteri dibunuh sebelum dibakar'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 2:12 PM