TASKA Kem Tentera Batu Kentomen yang terbakar hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


TAMAN Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Kem Tentera Batu Kentomen Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.10 pagi.

“Tujuh anggota bersama satu jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba kami dimaklumkan kebakaran di taska itu sudah dipadamkan oleh pasukan bomba tentera darat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kejadian itu menyebabkan premis terbabit musnah.

“Tiada mangsa cedera dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 12:40 PM