PASANGAN dicekup kerana disyaki berkhalwat. FOTO Ihsan JAIK
PASANGAN dicekup kerana disyaki berkhalwat. FOTO Ihsan JAIK
Zuliaty Zulkiffli


IBU tunggal berusia 53 tahun dicekup berkhalwat dengan suami orang di sebuah bilik hotel di Alor Setar, hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, mereka ditahan dalam serbuan 10.15 pagi.

Beliau berkata, ketika dicekup, kedua-dua mereka memakai pakaian lengkap.

“Wanita itu memberi alasan menghantar buah kepada lelaki berusia 36 tahun itu di dalam bilik berkenaan.

“Bagaimanapun hasil pemeriksaan, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri yang boleh menimbulkan syak melakukan maksiat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Radzi berkata, lelaki itu bekerja sendiri, manakala wanita itu tidak bekerja.

Beliau berkata, kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah (2014) kerana disyaki berkhalwat.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 2:18 PM
Digital NSTP Subscribe