PEMANDANGAN di sekitar Shah Alam, semalam.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

asmaini @nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Kawasan Johan Setia, Klang masih merekodkan bacaan Indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat jam 4 petang, semalam.

Menurut data di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Johan Setia, Klang merekodkan bacaan IPU 118 berbanding 104 pada jam 4 petang kelmarin.

Selain itu, 66 lokasi lain di seluruh negara juga masih merekodkan bacaan IPU sederhana iaitu antara 51 hingga 98.

Hanya satu kawasan saja iaitu Kimanis (Sabah) yang merekodkan bacaan IPU paras baik, 49.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh melayari http://apims. doe.gov.my untuk mengetahui maklumat IPU semasa yang dikemas kini setiap jam.

Maklumat cuaca terkini turut dipaparkan menerusi laman web MetMalaysia atau aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 5:20 AM