Uzir sedang dicari polis berkaitan kes pecah amanah di Taiping. Foto Ihsan PDRM
Mohd Hafizee Mohd Arop


IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sedang mengesan dan mencari seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah amanah.

Dalam kenyataan dikeluarkan IPD Taiping hari ini, suspek yang dikehendaki itu adalah Uzir Abdul Samad, 47, dengan alamat terakhirnya di Bandar Baru Uda, Johor.

Suspek itu dikehendaki oleh IPD Taiping bagi menyelesaikan satu kes membabitkan pecah amanah di daerah berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor K Anbalagan di talian 014-6894082 atau Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Taiping 05-8291322.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019 @ 11:19 AM