Polis sedang mengesan Tan (atas kiri), Zaini (atas kanan), Mazlan (bawah kiri) dan Mubarak untuk hadir sebagai saksi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Georgetown. Foto Ihsan PDRM
Hadzlihady Hassan


POLIS sedang mengesan empat saksi termasuk dua wanita bagi perbicaraan kes berkaitan dadah di Mahkamah Tinggi Georgetown pada 20 dan 21 Ogos ini.

Polis dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang mencari dua saksi wanita iaitu Tan Siew Heah, 48, alamat terakhir di 328-K Jalan Perak, Georgetown, manakala Zaini Abdul Wahab, 65, pula beralamat di 6-2-7 Blok C Villa Seri Kenanga, Jalan Batu Uban, Gelugor.

Dua saksi lelaki yang sedang dikesan pula adalah Mazlan Ahmad, 61, beralamat No 297-F Jalan Perak, Georgetown dan Mubarak Kamal, 37, di alamat 6-10-4 Villa Sri Kenanga, Jalan Batu Uban, Gelugor.

Kesemua mereka itu diminta tampil bagi menjadi saksi perbicaraan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Zaini, Mazlan dan Mubarak diminta hadir di Mahkamah Tinggi Georgetown pada 20 Ogos ini, manakala Tan pula pada 21 Ogos ini.

Sekiranya gagal hadir pada hari perbicaraan itu tanpa sebarang alasan dan sebab, mahkamah akan mengeluarkan waran kepada semua saksi terbabit.

Orang ramai yang mengetahui lokasi saksi itu berada boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut Inspektor Nurna Asyikin Ab Rahim di talian 013-6916150.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 9:06 AM