SUSPEK dibawa ke mahkamah. FOTO Ihsan Polis
Zatul Iffah Zolkiply


LELAKI yang menetak Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi menggunakan parang hingga putus ibu jari kanan dan cedera di kepala direman selama tujuh hari sehingga Khamis depan.

Perintah tahanan reman itu terhadap penganggur berusia 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat di Mahkamah Majistret Besut, hari ini.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Suspek sebelum itu ditahan di Felda Selasih, di Jertih, 4.15 petang semalam.

Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu, mangsa berusia 55 tahun yang cedera dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian bagi menyambung kembali ibu jarinya.

Sebelum kejadian itu, mangsa diserang suspek yang dikatakan mempunyai masalah mental dan tinggal berhampiran rumah mangsa.

Berita berkaitan:

  • [UPDATE] Suspek tetak KPD dah kena tahan
  • Ketua Polis Daerah Besut cedera ditetak
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 11:18 AM