LIF PPR Kerinchi yang dikatakan mempunyai masalah brek tidak berfungsi. FOTO Arkib NSTP.
BERNAMA

LAPORAN penuh siasatan forensik lif terhempas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu akan diumumkan minggu depan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

“Saya dijanjikan (laporan itu) 16 Ogos (hari ini) diserahkan kepada DBKL, tetapi setakat ini belum sampai kepada saya lagi, mungkin sudah sampai kepada Datuk Bandar (Kuala Lumpur),” katanya ketika ditemui pemberita pada kempen kibar Jalur Gemilang bersama golongan asnaf anjuran Restoran D’Tandoor, Putrajaya hari ini.

Dalam kejadian pada 2 Ogos itu, lapan cedera apabila lif yang mereka naiki terhempas dari tingkat lima dipercayai akibat sistem brek tidak berfungsi.

Khalid turut mencadangkan agar Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau persatuan penduduk terbabit dalam memantau proses penyelenggaraan lif susulan kejadian itu bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan kerja penyelenggaraan.

Berita berkaitan

'Harap buka mata pihak berkaitan'

Kaji semula SOP selenggara lif

Lif berhenti mengejut, bukan terhempas

Lif menggelongsor laju

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 9:04 PM