KUALA LUMPUR 06 JULAI 2018. (Gambar Hiasan Kemurungan/Wanita) Keluarga perlu beri sokongan untuk ahli keluarga yang mengalami masalah kemurungan. NSTP/EMAIL
Zatul Iffah Zolkiply


LELAKI di Hulu Terengganu menjadikan anak perempuannya berusia lima tahun sebagai pemuas nafsu dengan mencabul mangsa.

Perbuatan tidak bermoral suspek berusia 50 tahun itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya berusia 44 tahun ketika mereka berada di rumah di Besut kira-kira 10 malam, Ahad lalu.

Menurut sumber, mangsa mendakwa melakukan perbuatan itu ketika dia berada di dalam jagaan suspek, pada perayaan Hari Raya Aidiladha lalu.

Katanya, mangsa yang juga anak sulung daripada dua beradik memaklumkan dibawa neneknya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

“Mangsa juga mendakwa suspek turut memintanya merahsiakan perbuatan terkutuknya dan mengugut akan memukul ibunya (isteri suspek) jika kejadian itu diketahui orang lain.

“Siasatan mendapati ibu bapa mangsa dalam proses perceraian dan mangsa dikatakan dijaga secara bergilir-gilir ibunya dan suspek.

“Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang, Isnin lalu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Kita sedang menunggu keputusan laporan perubatan dan suspek juga sudah ditahan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana perhubungan seks dengan objek,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 12:57 PM