Tun Dr Siti Hasmah berjalan keluar dari hospital 2 petang tadi. FOTO Ihsan Pejabat Perdana Menteri
BERNAMA

ISTERI Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sudah dibenarkan keluar hospital hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menerusi Whatsapp memaklumkan Dr Siti Hasmah dibenarkan keluar selepas dirawat di Prince Court Medical Centre sejak Isnin lalu akibat keracunan makanan yang ringan.

Pejabat Perdana Menteri turun berkongsi sekeping gambar menunjukkan Dr Siti Hasmah berjalan keluar dari hospital berkenaan pada 2 petang tadi.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, isteri beliau, Dr Siti Hasmah sudah pulih daripada keracunan makanan yang ringan tetapi belum dibenarkan keluar dari hospital.

Isnin lalu dilaporkan Dr Siti Hasmah dirawat di pusat perubatan itu berikutan keracunan makanan yang ringan dan sedang berehat.

Dr Siti Hasmah sepatutnya menemani Dr Mahathir untuk lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam yang berakhir semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Ogos 2019 @ 3:30 PM