ANTARA tukang urut warga asing ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja. FOTO IHSAN JIM
Hadzlihady Hassan


BELUM sempat meratah ‘tukang urut’, premis yang menjalankan khidmat urut diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan C Y Choy, di Georgetown, malam kelmarin.

Dalam operasi jam 8 malam dilakukan JIM Pulau Pinang, pelanggan lelaki berusia 20-an ditangkap bersama tukang urut warga Thailand dalam keadaan berbogel.

Difahamkan, pemilik premis itu berselindung di sebalik perniagaan urut, namun siasatan mendapati turut menawarkan pakej seks kepada pelanggan dengan harga mencecah RM200.

Harga itu perlu dibayar untuk tempoh selama 45 minit yang dimulai urutan sebelum diakhiri dengan hubungan seks.

Pengarah JIM Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud berkata, dalam operasi itu seramai lima wanita warga Thailand bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan ditahan.

Menurutnya, mereka ditahan bersama pelanggan masing-masing yang mahu mendapatkan khidmat urut.

“Susulan serbuan pertama, kita melakukan operasi di sebuah premis urut di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas.

“Dalam serbuan kedua ini, kita berjaya menahan tujuh wanita Thailand dan dua Vietnam dengan empat daripada mereka didapati sedang melayan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, semua 15 wanita bekerja sebagai tukang urut berusia 25 hingga 35 tahun didapati melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

“Semua wanita warga asing ini dibawa ke Depot Imigresen Juru untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Mereka didapati melanggar peruntukan di bawah Peraturan 11 (7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 39 (b) peraturan sama,” katanya.

Menurutnya, pelanggan dan penjaga premis diarahkan hadir ke pejabat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Ogos 2019 @ 3:15 PM