GAMBAR hiasan. Arkib NSTP.
Siti A’isyah Sukaimi


POLIS sudah memanggil 12 kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk memberi keterangan berhubung gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, empat daripada individu itu bertugas di Bahagian Teknologi Maklumat MAHB.

“Mereka yang dipanggil terdiri daripada pelbagai bahagian dan sudah dilepaskan selepas memberi keterangan.

“Kita menjangkakan lebih ramai individu dipanggil bagi membantu siasatan. Kes ini juga akan mengambil sedikit masa kerana ia membabitkan aspek teknikal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 26 Ogos lalu, MAHB menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Azmi Raja Nazuddin dipetik berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian yang berlaku di KLIA sebelum ini disebabkan perbuatan berniat jahat.

Gangguan berlaku pada 21 Ogos yang menjejaskan fungsi utama seperti sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi.

Berita berkaitan

Polis akan siasat vendor KLIA, klia2

Sedia siasat gangguan sistem di KLIA

Kegagalan sistem di KLIA berniat jahat?

Selidik kenapa KLIA 'breakdown'-Tun M

KLIA sudah pulih! [METROTV]

KLIA terus alami gangguan sistem

Siasat sebab TAMS kacau

Apa sudah jadi KLIA?

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 September 2019 @ 5:29 PM