RAKAMAN CCTV yang tular mengenai ambulans dirempuh sebuah SUV. FOTO Ihsan Polis
Khairul Najib Asarulah Khan


AMBULANS yang melalui lorong kecemasan di rempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di Lebuhraya Karak berhampiran Plaza Tol Gombak di Gombak, semalam.

Kejadian 7.43 malam itu dirakam menerusi kamera ‘dashcam’ daripada kenderaan yang melalui jalan berkenaan.

Video berdurasi 15 saat yang turut tular di laman sosial itu mengundang kemarahan netizen.

Rata-rata mereka mencemuh dan mengecam pemandu SUV itu disebabkan memandu secara melulu tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Difahamkan, tiada yang cedera berhubung kejadian dan kedua-dua pemandu terbabit menyelesaikan kes itu bersama tanpa membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguat kuasa Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat ketika dihubungi mengesahkan sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 September 2019 @ 12:59 AM