KEADAAN motosikal mangsa. FOTO ihsan polis
Khairul Najib Asarulah Khan


DOKTOR pakar jantung maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh tiang lampu di Jalan Hospital menghala ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) berdekatan Kampus Perubatan, Sungai Buloh, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguat kuasa Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mangsa, Dr Noor Izham Ismail, 40, yang menunggang Yamaha Y15 dipercayai terbabas lalu melanggar tiang lampu jalan berkenaan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Pada jam 9.50 pagi doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 September 2019 @ 9:48 PM