ANTARA tukang urut warga asing ditahan selepas disyaki menawarkan khidmat seks. FOTO IHSAN PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


DUA premis menyediakan khidmat pelacuran diserbu polis sebelum 26 warga asing bekerja sebagai tukang urut ditahan, Khamis lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, lokasi serbuan adalah rumah kedai dua tingkat di Taman Sungai Besi dan Taman Miharja, Cheras bermula jam 6 petang yang beroperasi tanpa lesen.

Menurutnya, seramai 26 warga asing ditahan terdiri 14 warga Thailand, lima Vietnam, empat Laos, dua Indonesia dan seorang Kemboja berusia 23 hingga 45 tahun.

“Turut ditahan penjaga premis iaitu dua lelaki dan seorang wanita tempatan.

“Mereka disyaki bekerja sebagai tukang urut dan menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM170,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rohaimi berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1963, Seksyen 55 (B) Akta Imigresen 1963 dan peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 September 2019 @ 10:19 AM