Anggota bomba memadamkan kebakaran di tingkat tiga asrama rumah kebajikan kanak-kanak di Jalan Medan Taiping. FOTO Ihsan JBPM
Muhammad Apendy Issahak


ASRAMA rumah kebajikan kanak-kanak di Jalan Medan Taiping terbakar hari ini namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.42 petang.

“Setibanya di lokasi didapati kebakaran membabitkan bangunan asrama empat tingkat terbakar di tingkat tiga bangunan itu.

“Kemusnahan keseluruhan dianggarkan 30 peratus dan tiada mangsa terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dengan bantuan BBP Kamunting melakukan pemadaman menggunakan satu saluran paip dengan bersumberkan air tangki jentera.

“Operasi pemadaman yang diketuai Mohd Shariff Aziz dan turut dihadiri Pegawai Kanan Mohamed Habib Mohamed Dali itu selesai sepenuhnya pada 6.30 petang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 September 2019 @ 9:30 PM