SIA Oh Bong, 55, diminta tampil membantu siasatan kes berkaitan dadah. FOTO IHSAN PDRM
Nurul Hidayah Bahaudin


IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah.

Lelaki terbabit, Sia Oh Bong, 55, dikehendaki bagi membantu siasatan kes mengikut Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kali terakhir dia dilihat di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Narkotik IPD Cheras, Inspektor Kalidasan V Rajakumar di talian 011-1636 7407 atau 03-9205 0357.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau tampil di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 September 2019 @ 1:29 AM