MANGSA diselamatkan dan diserah kepada polis untuk tindakan lanjut. FOTO Ihsan Bomba.
MANGSA diselamatkan dan diserah kepada polis untuk tindakan lanjut. FOTO Ihsan Bomba.
Mohd Husni Mohd Noor


BOMBA berjaya menyelamatkan lelaki yang cuba terjun dari menara elektrik setinggi 50 meter dekat sebuah sekolah di Teluk Merbau, Sungai Pelek, Sepang, semalam.

Kejadian berlaku 10.30 malam selepas pasukan penyelamat itu dimaklumkan mengenai mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sepang Azrul Faizal Maarif berkata, ketika tiba di lokasi, pihaknya mendapati mangsa berusia 38 tahun cuba terjun dari menara itu.

“Anggota mengambil pendekatan memujuk mangsa selain langkah keselamatan lain. Mangsa kemudian turun sendiri selepas mendengar nasihat anggota.

“Siasatan awal mendapati, mangsa tidak siuman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 11:34 AM