Mazlan melancarkan Program Gotong-Royong Perdana Mega 2.0 Perangi Aedes hari ini. FOTO Ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


IBU Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur melancarkan Program Gotong Royong Perdana Mega 2.0 Perangi Aedes hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, semburan fogging dibuat di beberapa lokasi sekitar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Menurutnya, pegawai dan anggota perlu menekan kepentingan aspek kebersihan persekitaran.

“Tempat pembiakan nyamuk Aedes perlu dimusnahkan bagi menangani kes denggi.

“Ia bagi memastikan kawasan IPK Kuala Lumpur sentiasa bersih dan selamat,” katanya.

Beliau turut berkongsi pengalaman dirinya yang menghidap demam denggi baru-baru ini dan pentingnya menjaga aspek kebersihan.

Seramai 450 pegawai dan anggota polis hadir pada program itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 9:17 PM