JEREBU di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
Mahaizura Abd Malik


KUALITI udara negara masih berjerebu, pagi ini dengan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat di lima kawasan dan 31 lokasi lagi tidak sihat.

Data terbaharu Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan peningkatan itu berbanding 6 petang semalam yang mencatat empat kawasan sangat tidak sihat dan 26 kawasan tidak sihat.

Putrajaya menyertai lokasi sangat tidak sihat dengan bacaan 202, diikuti Johan Setia, Klang (209) manakala tiga lagi yang terjejas di Sarawak adalah Sri Aman (215), Samarahan (226) dan Kuching (249).

Turut terjejas menjadikan kualiti udara tidak sihat adalah Batu Muda (104) dan Cheras (154) manakala empat lagi kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya 143, Shah Alam (153), Klang (139) dan Banting (163).

Kawasan lain, tiga di Negeri Sembilan iaitu Nilai (169) Seremban (138), Port Dickson (142), tiga di Melaka membabitkan Alor Gajah (128), Bukit Rambai (133) serta Bandaraya Melaka (142), manakala di Johor - Segamat (129) dan Batu Pahat (102) dan Tangkak (160).

Di sebelah pantai timur, kawasan terjejas adalah Rompin (104), Temerloh (161), Indera Mahkota Kuantan (178), Balok Baru Kuantan (144), Kemaman (143) manakala Paka (116).

Sabah menunjukkan IPU tidak sihat di Tawau dan Sandakan, masing-masing 137 dan 106, manakala lapan lagi kawasan di Sarawak - ILP Miri dan Samalaju dengan IPU 130 diikuti Bintulu (154), Mukah (129), Sibu (144), Sarikei (163) dan SK Kuala Baram 2 (105).

Ada 21 kawasan dengan IPU tahap sederhana dan 11 lagi direkodkan sihat.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 pula tahap berbahaya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 September 2019 @ 9:16 AM