NAJIB hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Nasharuddin Muhammad dan Murni Wan Omar


PROSIDING bicara kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini akan berhenti rehat awal bagi membolehkan beliau berjumpa doktor pakar berhubung masalah matanya.

Sebelum perbicaraan bermula pagi ini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memberitahu mahkamah bahawa mata anak guamnya mula menunjukkan simptom jangkitan seperti sebelum ini.

Oleh itu, beliau memohon untuk waktu rehat lebih awal bagi membolehkan Najib berjumpa pakar mata berhubung masalah itu sebelum ia menjadi lebih teruk sebelum prosiding bersambung semula.

“Kami memohon supaya dibenarkan rehat pada 11.30 pagi ini. Simptom ini sama seperti beliau mengalami jangkitan mata sebelum ini. Saya syak keadaan cuaca menyumbang kepada keadaan ini.

“Beliau mengalami mata dan hidung berair dan idea untuk berjumpa doktor lebih awal untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk hingga boleh menyebabkan kes tangguh lagi,” katanya.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan prosiding bersambung semula pada 2 petang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 September 2019 @ 11:33 AM