Mohd Rizal Abdullah


BACAAN Indeks pencemaran udara (IPU) di dua stesen IPU di Kedah menunjukkan bacaan hampir 200 iaitu hampir kepada skala sangat tidak sihat setakat 1 tengah hari ini.

Berdasarkan bacaan yang dipaparkan di aplikasi MyIPU, Jabatan Alam Sekitar, IPU di Kulim mencatatkan bacaan 189 (tidak sihat) dan Sungai Petani mencatatkan bacaan 121 (tidak sihat)

Menurut bacaan itu, peningkatan bacaan di Kulim bermula pada 1 pagi tadi dengan bacaan 104 dan semakin meningkat sehingga 189 petang tadi.

Manakala di Sungai Petani peningkatan bacaan bermula pada jam 9 pagi tadi dengan bacaan 103 dan meningkat kepada 121 pada tempoh sama.

Bacaan IPU di Alor Setar dan Langkawi masih di skala sederhana iaitu kurang dari 100.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berkaitan lokasi yang terjejas.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik; 51 hingga 100 (sederhana); 101 hingga 200 (tidak sihat); 201 hingga 300 (sangat tidak sihat); manakala 300 ke atas berbahaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 September 2019 @ 2:32 PM
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP