BAS berkenaan. FOTO Ihsan Pembaca
Muhamaad Razis Ismail


SERAMAI 42 murid dan guru Sekolah Kebangsaan Mentuan, Kubang Kerian, Kota Bharu, berdepan detik cemas selepas bas ekspres yang dinaiki terbabas ke dalam longkang di Bechah Laut di Tanah Merah, malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian 10 malam itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan, Suzaimi Mohamad berkata, ketika kejadian bas yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Kota Bharu.

Katanya, bas itu membawa rombongan murid dan guru ke Pulau Langkawi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian bas terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke longkang di kiri jalan.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, selepas kejadian itu, semua penumpang menaiki bas lain untuk meneruskan perjalanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 September 2019 @ 8:56 AM