GAMBAR atas dirakam pada 30 Julai 2019 jam 2.20 petang dan gambar bawah dirakam pada 21 September 2019 (hari ini) jam 1.20 tengah hari. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Nor Akmar Samudin


KUALITI udara di Sri Aman terus bertambah baik apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU), menurun kepada 113 iaitu tahap tidak sihat, jam 1 tengah hari ini.

Ia berbanding bacaan 170, jam 8 pagi tadi.

Bagaimana IPU di Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan peningkatan iaitu Batu Muda (151), Cheras (153), Putrajaya (142), Petaling Jaya (145), Shah Alam (125) dan Klang (103).

IPU di Seremban dan Segambut turut bertambah dengan masing-masing 122 dan 131.

Kuching dan Samarahan terus mencatatkan IPU tidak sihat iaitu 141 dan 165.

Data keseluruhan menunjukkan kualiti udara di 48 kawasan berada dalam keadaan tahap sederhana.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 pula tahap berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini, setiap jam.

Lagi berita berkaitan Ancaman Jerebu

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 2:13 PM