SK Putrajaya Presint 9 (2) ditutup pada 17 September lalu berikutan masalah jerebu. FOTO arkib NSTP
Siti A’isyah Sukaimi


Semua 25 sekolah di Putrajaya yang ditutup pada 19 dan 20 September lalu berikutan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, akan kembali beroperasi seperti biasa.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Farizah Ahmad berkata, bacaan IPU stesen Putrajaya 5 petang hari ini di bawah 200.

“Sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Pihak sekolah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang sudah ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jumlah 25 sekolah berkenaan membabitkan 11 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 14 Sekolah Kebangsaan (SK) di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 September 2019 @ 7:55 PM