BANGUNAN Parlimen. NSTP/Salhani Ibrahim
BERNAMA

DEWAN RAKYAT, hari ini, mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Tanjung Piai, Johor berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam kenyataan, hari ini, berkata, selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, suruhanjaya itu hendaklah mengisi kekosongan luar jangka itu dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pemberitahuan diterima.

“Oleh yang demikian, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P 165 Tanjung Piai, Johor dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya dalam kenyataan itu.

Md Farid, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia pada 6 pagi Sabtu di Hospital Pontian, Pontian akibat serangan jantung.

Berita berkaitan:

  • PRK Tanjung Piai: SPR tunggu makluman Speaker
  • Salam semua orang
  • Jenazah Dr Md Farid selamat dikebumi [METROTV]
  • Profil Dr Md Farid Md Rafik [METROTV]
  • Berkhidmat hingga ke hujung nyawa [METROTV]
  • Timbalan Menteri di JPM meninggal dunia
  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 11:06 AM