MURID Sekolah Rendah Agama Integrasi Tenku Ampuan Fatimah, Batu Belah, Klang hadir memakai penutup hidung dan mulut untuk peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA), hari ini. FOTO Saddam Yusoff.
BERNAMA

SEMUA sekolah di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa esok, berikutan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini semakin berkurangan.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini, sebarang perubahan atau maklumat terbaharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa,” jelasnya.

Bagi mendapat maklumat terkini tentang penutupan akibat jerebu, orang ramai boleh melayari portal kementerian di www.moe.gov.my atau di saluran media sosial rasmi KPM (Facebook / Instagram / Twitter) @kempendidikan.

  • Lagi berita berkaitan Ancaman Jerebu
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 7:36 PM