SALAH seorang mangsa kejadian. FOTO Ihsan Pembaca
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

hafidzul @hmetro.com.my

KEJADIAN amuk yang berlaku di di Pulau Pinang adalah kes terpencil dan tidak membabitkan mana-mana kumpulan pelampau atau individu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, terdapat beberapa pihak yang memuat naik artikel dengan niat untuk menyakitkan hati pembaca.

“Susulan itu, polis sudah membuat satu laporan dan individu yang menyebarkan artikel berkaitan sedang dikenal pasti.

“Daripada siasatan polis adalah jelas kes ini adalah terpencil, arwah yang menyerang terpengaruh dengan video yang bersifat ganas yang terbit dari negara timur tengah,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di Kuala Lumpur, hari ini.

Berita berkaitan

Suspek tetak alami kemurungan

Amukan berdarah dalam kilang [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 September 2019 @ 2:17 PM