Foto tular selepas lelaki menceroboh rumah penduduk semalam. FOTO Ihsan Pembaca
Foto tular selepas lelaki menceroboh rumah penduduk semalam. FOTO Ihsan Pembaca
Izlaily Nurul Ain Hussein


LELAKI berusia 44 tahun dari Kampung Melayu, Gelang Patah ditahan polis malam tadi selepas disyaki menceroboh rumah di Taman Nusantara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek ditahan 9 malam.

“Bertindak atas maklumat, anggota polis dari Balai Polis Gelang Patah menahan suspek selepas kita menerima laporan berhubung kes ceroboh rumah pada 8.30 pagi.

“Kita turut merampas baju yang dipercayai digunakan ketika kejadian,” katanya.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing, suspek didapati positif dadah methamphetamine dan morfin.

“Hasil semakan, suspek yang tidak bekerja itu juga mempunyai 15 rekod jenayah lampau kes dadah,” katanya.

Dzulkhairi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 11:35 AM