GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Siti Nor Hidayatidayu Razali


KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan dua kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bagi menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

KPM menerusi siaran akhbar berkata, penangguhan dilakukan kerana 29 dan 30 September diisytiharkan sebagai cuti peristiwa oleh kerajaan negeri Kelantan

Bahasa Melayu Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2 yang dijadualkan 30 September ini akan diadakan pada 9 Oktober depan.

Manakala bagi pentaksiran PAV, kertas Bahasa Melayu Komunikasi dan English for Communication yang dijadualkan pada 30 September 2019, ditangguhkan pada 3 Oktober depan.

“KPM juga merafak sembah setinggi-tinggi ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Ucapan takziah juga kepada kerabat diraja, seluruh rakyat Kelantan di atas kemangkatan Sultan Ismail Petra,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengisytiharkan cuti peristiwa selama dua hari bermula esok dan lusa bagi menghormati perkabungan kemangkatan ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.

Sultan Ismail Petra mangkat, 8.11 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 8:21 PM