TUN Dr Mahathir Mohamad
Mohd Himie Hussin


PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih atas kemangkatan Sultan Ismail Petra, ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

“Almarhum sudah lama gering dan tidak mampu menjalankan tugas sehingga anakanda baginda mengambil alih tampuk pemerintahan.

“Kami mempunyai hubungan baik ketika almarhum berada di atas takhta. Baginda sangat mudah bekerjasama. Saya menzahirkan ucapan takziah kepada kerabat diraja Kelantan,” katanya pada sidang media di New York, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 9:56 PM