KEDAI perabot tiga tingkat yang terbakar di Seri Kembangan. FOTO IHSAN JBPM
Muhaamad Hafis Nawawi


KEDAI perabot tiga tingkat musnah dalam kebakaran berhampiran sebuah hotel di Seri Kembangan, Serdang, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.30 malam dan tiba di lokasi 11 minit kemudian.

Katanya, dua pegawai dan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dan BBP Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah kedai perabot tiga tingkat.

“Seterusnya kerja memadamkan api terus dilakukan membabitkan kemusnahan terbakar 70 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media.

Hafisham berkata, tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu dan punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 September 2019 @ 1:31 AM