FOTO hiasan
BERNAMA

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor.

Pengumuman itu akan dibuat ketika sidang akhbar di Menara SPR, Putrajaya, tengah hari ini.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik daripada Pakatan Harapan (PH) pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Dr Md Farid yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, membantu PH merampas kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.

Allahyarham yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tanjung Piai memperoleh 21,255 undi menewaskan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS) dengan majoriti 524 undi. Wee memperoleh 20,731 undi manakala Nordin, 2,962 undi.

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Oktober 2019 @ 10:22 AM