Sri Ayu Kartika Amri


KUALITI gambar terbaik dan prestasi mengagumkan namun, pada harga mampu milik?

Bunyinya bagai mustahil untuk mendapatkan telefon pintar dengan ciri seumpama itu namun, jangan risau kerana poket anda pasti tidak terbeban dengan kemunculan peranti terbaharu daripada vivo Malaysia - vivo V17 Pro yang secara rasmi diperkenalkan semalam.

Sebagaimana produk yang diperkenalkan sebelum ini, vivo mensasarkan pengguna telefon pintar kelas pertengahan yang menawarkan kualiti tinggi pada harga kompetitif.  

Salah satu ciri paling ‘rare’ daripada vivo V17 Pro adalah penggunaan enam kamera sekaligus dan ia secara tidak langsung membayangkan betapa hebat kualiti gambar yang mampu dihasilkan untuk OOTD anda sesuai dengan konsep inovatif 'Shoot Beyond Limits' yang ditampilkan untuk peranti ini.

Berikut enam perkara anda perlu tahu mengenai vivo V17 Pro, menjadikannya salah satu pilihan terbaik milik anda.


1. Kamera vivo V17 Pro

Boleh dikatakan vivo V17 Pro lebih menonjol dari segi kamera. Seperti yang anda harapkan, telefon pintar ini juga mengemas pengaturan kamera belakang quad.

Dengan kamera ‘pop-up’ dwilensa 32MP + 8MP sudut ultra lebar, pengguna pasti berpuas hati dengan kualiti imej swafoto yang dihasilkan.

Malah, kamera utamanya menampilkan kuad-lensa gabungan 48MP + 8MP ultra sudut lebar + 2MP makro + 2MP sensor kedalaman yang menjanjikan hasil bidikan bak profesional.

 

V17 Pro hadir dengan enam kamera depan dan belakang yang mampu memberi sentuhan imej menakjubkan kerana mempunyai pelbagai mod fotografi dan video serta dilengkapi dengan fungsi Pose Master yang merakamkan imej lebih semula jadi dan Super Night Mode sesuai untuk mengambil gambar di waktu malam dan menjadikan gambar tetap jelas dan cantik.

Ia juga telefon pintar pertama di dunia menyokong dwikamera depan jenis pop-up.  

Untuk kamera swafoto, anda juga memiliki pilihan sudut ultra lebar yang memungkinkan untuk mengambil swafoto sehingga 105 darjah.  

Selain itu, ciri terbaiknya juga mampu merakam video swafoto dalam mod ultra-lebar yang sama.

2. Skrin Super AMOLED 6.44 inci

Kelebihan vivo V17 Pro juga dapat dilihat menerusi reka bentuk skrin yang ditawarkan. Telefon pintar ini menggunakan skrin Super AMOLED dengan ukuran 6.44 inci.

Untuk nisbah skrin ke badan yang ditawarkan pula, ia mencapai 91.65 peratus berbeza daripada produk Vivo yang lain, malah V17 Pro menapis kira-kira 61 peratus cahaya biru.

Spesifikasi ini memungkinkan pengguna vivo dapat melindungi mata daripada kelelahan ketika melihat skrin untuk tempoh lama.


3. Teknologi pengimbas cap jari.

Untuk pengimbas cap jari, vivo menggunakan bawah skrin jenis optikal. Teknologi pengimbas jari terbina pada skrin yang terdapat di telefon pintar ini juga sudah dioptimumkan untuk memberi pengalaman membuka telefon pintar dengan kecepatan hanya 0.39 saat.

Dengan ketumpatan piksel pengimbas jari yang tinggi dan algoritma canggih, ia memudahkan pengguna untuk membuka V17 Pro lebih pantas dan selamat.

4. Sistem Operasi

V17 Pro disokong oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE bersama storan 128GB dengan RAM 8GB bagi memastikan prestasi untuk aplikasi dan sistem beroperasi secara lancar pada bila-bila masa.

Telefon pintar ini juga menjalankan sistem operasi Funtouch OS 9.1 (berasaskan Android 9.0 Pie) terbaharu yang mengalami beberapa peningkatan ciri signifikan.

Ia juga menyokong dwi-sim nano, tanpa slot kad microSD.


5. Bateri Tahan Lama

V17 Pro didatangkan dengan bateri sebesar 4100mAh yang dilengkapi Dual Engine Fast Charging 18W menjadikan pengecasan lebih pantas dan selamat.

Selain itu, terdapat sembilan lapis pelindung yang akan melindungi bateri anda apabila sedang dicas.

6. Untuk ‘gamers’

V17 Pro dibangunkan dengan teknologi pecutan Multi-Turbo untuk peminat permainan video.

Dengan teknologi ini ia membantu memberi kelancaran sepanjang permainan dan memberi pengalaman permainan lebih baik.

Selain itu, V17 Pro juga didatangkan dengan ciri 'Game Center' membolehkan pengguna membuat semakan kebolehan telefon untuk merasai sendiri pengalaman bermain permainan secara mendalam.

Terdapat juga 'voice changer' yang boleh menukarkan suara karektor di dalam permainan sekaligus memberi lebih keseronokan.



V17 Pro ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Crystal White pada harga hanya RM1,699 bagi pasaran Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki peranti terhebat ini bermula 5 Oktober nanti melalui pengedar sah berdekatan anda.

Jangan lupa gunakan tanda pagar #vivoV17Pro #ShootBeyondLimits untuk semua gambar atau swafoto anda jika gunakan peranti terbaharu ini!

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Oktober 2019 @ 8:07 PM