Nurul Hidayah Bahaudin


POLIS mengesan lelaki yang juga saksi berkaitan tangkapan kes pengedaran dadah di sebuah rumah di Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur November lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki itu Mau Yik Thoe, 58, kini dikesan sebagai saksi untuk membantu kes berkenaan.

“Alamat terakhir lelaki itu adalah di Batu 11, Batu 9, Cheras. Namun, sehingga kini dia gagal dikesan.

“Justeru, polis memerlukan kerjasama daripada orang ramai untuk membantu mengesan lelaki berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Amyriul Naufa Mohd Yusoff di talian 0111 0176104 untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 1:47 PM