Dr Mahathir dan Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Putrajaya kelmarin. FOTO Bernama
BERNAMA

PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa orang ramai supaya berhenti bertanya dan berspekulasi mengenai isu rancangan mengganti Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, media tidak sepatutnya dihantui dengan isu itu sehingga bertanyakan kepada Dr Mahathir soalan itu pada setiap peluang yang ada.

Anwar menjawab soalan peserta pada Persidangan Kepimpinan APEX di Kuala Lumpur.

Anwar berkata, Dr Mahathir sendiri memberitahunya bahawa beliau akan memenuhi dan menepati janjinya.

“Beliau memberitahu saya dan saya menghargai sikap ini. Dia berkata, ‘Anwar saya sudah berjanji, saya memegangnya tetapi jangan biarkan ia menjadi seperti ini, memaksa saya untuk pergi atau memaksa saya untuk mengumumkan tarikh sebenar kerana saya akan menjadi perdana menteri yang tidak berupaya, sementara itu saya mahu untuk berkhidmat.

“Tetapi maksud saya ialah, bukan apa yang Anwar mahu, tetapi keperluan negara, adalah dasar baharu, menjamin keyakinan rakyat Malaysia dan meningkatkan ekonomi. Itu yang paling utama,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Oktober 2019 @ 10:10 PM