Keadaan lori muatan simen yang terbabas dan terjunam ke gaung. FOTO Ihsan PDRM
Rizanizam Abdul Hamid


PEMANDU lori muatan simen maut apabila kenderaan itu terbabas dan terjunam ke gaung di Kilometer 9 Jalan Kemendor - Jasin hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian berlaku 4.45 pagi dan mangsa Mohd Zulkifli Ghazali, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dari arah Kemendor menghala ke Jasin, terbabas ke arah bertentangan sebelum terjunam ke gaung.

“Lori membawa muatan simen itu dipercayai dipandu laju sehingga nahas mengakibatkan pemandu parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

“Mayat dibawa ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 12:40 PM