LELAKI yang ditahan kerana memakai rompi berpangkat komisioner polis. FOTO Ihsan Polis.
LELAKI yang ditahan kerana memakai rompi berpangkat komisioner polis. FOTO Ihsan Polis.
Muhaamad Hafis Nawawi


LELAKI ditahan di pekarangan Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur semalam, bagi membantu siasatan susulan pemakaian rompi berpangkat komisioner polis ketika menghadiri program maraton di Sentul.

Menurut sumber, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan pada 12.30 tengah malam ketika hadir ke balai polis berkenaan.

“Polis merampas rompi (vest) berpangkat komisioner yang dibawanya dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 89 (A) Akta Polis 1967 dan Seksyen 16 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan penahanan suspek.

“Ya suspek sudah ditahan malam tadi (semalam) bagi membantu siasatan kerana memakai vest (rompi) itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Lelaki itu memuat naik gambarnya memakai rompi berkenaan di Facebook (FB) miliknya sebelum tular dan netizen yang meragui kelayakan lelaki berkenaan, mendesak polis menyiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Oktober 2019 @ 3:37 PM