Keadaan di lokasi kemalangan bas dinaiki rombongan kakitangan PKNS di Afyonkarahisar, Turki hari ini. Foto Ihsan Pembaca
Muhaamad Hafis Nawawi


PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sudah menerima laporan awal daripada Kedutaan Malaysia di Turki mengenai kemalangan bas membabitkan kakitangannya yang sedang melancong di negara itu.

Bagaimanapun, Bahagian Komunikasi Korporat PKNS berkata, pihaknya masih menantikan kenyataan rasmi daripada pihak Kedutaan Malaysia di Turki.

Menurut kenyataan itu, pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa tempatan dan hospital di Afyonkarahisar.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam kejadian petang hari ini, Wisma Putra mengesahkan 35 rakyat Malaysia terbabit dalam kemalangan selepas bas dinaiki mereka perjalanan dari Pamukkale ke Cappodokya terbabas sebelum terbalik.

Kemalangan di Afyonkarahisar itu menyebabkan seorang maut, manakala 10 orang lagi cedera termasuk empat daripada mereka dikatakan mengalami kecederaan serius.

Mangsa yang cedera dilaporkan dirawat di Hospital Afyonkarahisar yang terletak kira-kira 300 kilometer daripada Ankara.

Berita berkaitan

1 maut, 10 cedera nahas bas di Turki

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober 2019 @ 12:41 AM