Bayi berusia 18 hari yang mengalami masalah jantung diterbangkan dari KKIA ke Subang sebelum dibawa ke IJN. FOTO Ihsan TUDM
Muhaamad Hafis Nawawi


TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melaksanakan penerbangan ihsan membawa bayi berusia 18 hari yang mengalami masalah jantung untuk mendapatkan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, pesawat pengangkut A400M yang diterbangkan Mejar Phanom TUDM berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) 5 petang dan selamat tiba di Pangkalan Udara Subang 7.30 malam tadi.


Pesawat pengangkut A400M yang diterbangkan dari KKIA ke Subang. FOTO Ihsan TUDM

“Seluruh warga TUDM mendoakan bayi itu sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

“Tahniah diucapkan kepada juruterbang dan anak kapal pesawat A400M dari No 22 Skuadron dalam memenuhi keperluan kebajikan masyarakat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober 2019 @ 9:46 PM