Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


JENAZAH dua beradik Nor Aliya Natasha Abdullah, 11, dan Nor Aliya Batrisha Mohamad Ali, 8, yang lemas di Kampung Parit Simpang Empat, Alor Pongsu, Bagan Serai selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Masjid Alor Pongsu pada 8.20 malam ini.

Terdahulu jenazah disembahyangkan kira-kira 200 jemaah pada 7.40 malam selepas solat Maghrib di masjid berkenaan.

Suasana sedih menyelubungi kawasan tanah perkuburan sejurus menyaksikan jenazah dua beradik itu dikebumikan dalam satu liang lahat.

Pengebumian dihadiri kira-kira 100 penduduk kampung termasuk sanak saudara dan bapa mangsa, Mohamad Ali Mohamad Rashid, 28, sayu ketika jenazah anak sulung dan kedua daripada empat beradik itu dikebumikan.

Terdahulu majlis tahlil turut diadakan di kalangan guru dan rakan sekolah dua beradik itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu petang tadi.

Berita berkaitan

Dua beradik lemas disangka tidur rumah tok

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Oktober 2019 @ 9:12 PM
Jenazah dua beradik lemas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Alor Pongsu malam ini. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi